✓ Melaksanakan tugas yang diberikan dengan bersungguh-sungguh.
✓ Sangat menepati masa dan berdisplin tinggi.
✓ Mampu menangani setiap masalah dengan baik dan berkesabaran tinggi.
✓ Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan telus dan amanah.
✓ Menerima teguran dengan hati yang terbuka.
✓ Tegas didalam membuat keputusan.

Pn Alizahwati telah dilantik oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan dan memulakan kerjaya sebagai seorang Pesuruhjaya Sumpah yang telah berkuat kuasa pada 01 Mac 2020. Pelantikan ini dibuat tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Pesurujaya Sumpah 2018. Beliau sentiasa bersedia dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua lapisan masyarakat dengan memberikan layanan mengikut kadar yang segera, munasabah, cekap dan juga sistematik. Selain daripada itu beliau akan memastikan khidmat Pesuruhjaya Sumpah ini sentiasa dijalankan dengan penuh berintegriti tinggi kerana secara tidak langsung ia terlibat dalam mendukung sistem kehakiman di Negara ini.

Berpengalaman luas dalam menyantuni semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan agama, memandangkan sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Peribadi Pegawai Khas di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa atau dikenali sebagai Pejabat kecil Kg. Baru selama 5 tahun bermula dari tahun 2013 sehingga 2018.

Sebagai Pesuruhjaya Sumpah, dia mempunyai kuasa:

  • Menerima pengakuan seorang wanita yang sudah berkahwin dalam semua kes di mana pengakuan diharuskan oleh undang-undang untuk diambil di hadapan pegawai awam.
  • Menerima pengakuan wasi jaminan dan bon jaminan.
  • Mengakusumpah untuk:
    • Justifikasi jaminan
    • Mengambil sebarang afidavit atau ikrar
    • Sumpah wasi dan pentadbir
    • Mana-mana orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau proses yang belum selesai atau akan dimulakan di mahkamah mana pun.
  • Mengambil dan menerima akuan berkanun.
  • Beliau juga dapat mengesahkan dan mengakusumpah dokumen akuan berkanun yang akan digunakan sebagai bukti undang-undang.

Whatsapp